Tuesday, September 29, 2009

Kemaafan....

......tidak memadai meminta maaf sekadar berkata saya minta maaf, sedangkan penditilan terhadap segala kesalahan itu tidak disebut dengan nyata, maka mohon maaf seperti itu tidak memenuhi syarat, ia dianggap sebagai minta maaf secara tradisi, seperti orang meminta maaf pada hari raya...keadaan itu tidak akan difahami oleh orang yang dimaksudkan, kesalahan yang mana dan bagaimana yang telah dilakukan...
.....sesungguhnya kesalahan dan dosa sesama manusia adalah suatu hal yang kadangkala lebih digeruni, kerana hendak menyelesaikan masalah sesama manusia bukanlah perkara yang mudah...sukar hendak dijangka risiko yang akan ditanggung setelah seseorang itu mendedahkan segala kesalahannya terhadap orang yang berkenaan...
...justeru itu, memohon maaf sesama manusia memerlukan jiwa yang besar, kerana tidak mudah untuk mengakui keaiban dan kesalahan diri dihadapan orang....kerana sifat manusia itu sentiasa ingin mulia pada pandangan orang lain, dan tidak gemar mendedahkan kelemahan diri kepada orang.
...selain itu, kerap kali timbul masalah yang menyulitkan untuk meminta maaf sekiranya orang yang berkenaan itu sudah pindah dan tidak diketahui di mana tempat tinggalnya, ataupun telah meninggal dunia sebelum kita menyelesaikan kesalahan dan dosa kepada mereka...tidak semua perkara yang dapat diselesaikan melalui waris, terutama dalam hal hal yang melibatkan peribadi dan maruah.

No comments:

Post a Comment