Friday, June 12, 2009

Doa Kudus Seorang Isteri....



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ........
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat .............
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada
terbatas ...............
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal ..............
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan ...........
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista .............
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu ............
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan ..............

Ya Allah .............
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash ............
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya ...........
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing
tanganku dititianMu .............
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya .........
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di
Jannah Mu .............
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan
segala perintahnya ...............
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di
DuniaMu ................
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya .............
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu ............
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah
dan ragamnya ..............

Tetapi Ya Allah ............
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
seorang ............
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku
harungi segala dugaanMu ...........
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu .........
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya ...........
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan ............
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan
keadaanya ...........
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan ...........
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari
terus terlena .............

Ya Allah ...........
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku ...........
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjuranku .........
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan ...........
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai ..........
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri ...........
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu .........
Sekiranya aku engkar dan derhaka ..........
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu ............

Ya Allah sesungguhnya ..........
Aku lemah tanpa petunjukMu ..........
Aku buta tanpa bimbinganMu ..........
Aku cacat tanpa hidayahMu ..........
Aku hina tanpa RahmatMu ..........

Ya Allah ........
Kuatkan hati dan semangatku ..........
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu ..........
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami .........
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu ........
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah........
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan ...........
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu ............
Kerana aku sedar hinanya aku ..........
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru .......
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu .........
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu ...........
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu ...........

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati ..........
Isteri yang dikasihi ...........
Isteri yang solehah ..........
Isteri yang sentiasa dihati ........

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

No comments:

Post a Comment