Pencarian ini dimulakan oleh Jasila Mahat dan Fauziah Mat Isa. Demi menghubungi semula kawan2 yang pernah menimba ilmu bersama2 bukan satu kerja yang mudah tetapi atas usaha gigih Senior Zalena Razak dan Hamidah Musa ini membuatkan saya terpanggil untuk mencari lebih ramai selain yang sedia ada berhubung dengan saya. Bukan satu kerja yang mudah untuk kita memanggil mereka berhimpun kembali dalam sesuatu majlis. Dengan kesibukan harian, saya yakin sesekali terlintas kenangan2 indah zaman persekelohan dan semestinya dalam hati berkata ...manalah kawan2 ku semua?....Itu yang saya alami dan hari ini saya dapat mencari mereka walaupun dengan payah...tapi Alhamdulillah kami selalu berjumpa dengan mengadakan Hi Tea.
Semalam (12th Apr 2009) saya berpeluang berjumpa dengan senior (1982), walaupun pertemuan yang singkat tapi cukup mengharukan saya. Melihat kegigihan mereka mencari sesama sendiri membuatkan saya lebih teruja.
Setiap kali saya mengadakan Hi Tea, saya kan email atau sms pada semua ( nombor dalam simpanan) dengan harapan setiap kali perjumpaan kami akan berjumpa muka baru. Namun kecewa bila tidak mendapat tindakbalas dari mereka. Saya pun tak tahu, tapi alasan paling selalu saya dengar adalah "aku malulah". Kenapa harus malu? Adakah kerana bentuk fizikal dah berubah? Adakah takut diri di perbandingkan? Jawapan di tangan sendiri.
Bagi saya ikatan persahabatan terlalu murni dan sejati. Jadi saya seru pada kawan2 yang terbaca tulisan ini, hubungilah saya (017-3728389) atau Zalena Razak. Marilah kita hangatkan kembali kenangan indah sewaktu menimba ilmu di SMK Sri Pantai. Saya yakin ramai bekas pelajar telah berjaya dalam kehidupan masing2.
Kepada kawan2 saya yang selalu mendampingi saya, jutaan terima kasih dan harap pertalian ini tidak terputus. Dan kawan2 yang sering menolak pelawaan saya, fikirkanlah walaupun saya tahu mungkin ada yang menganggp ini tidak penting untuk kehidupan mereka.
Pesanan :
Jika ada di kalangan kawan2 yang terjumpa kawan2 yang lain, war2kan pada mereka tentang blog ini. Saya sanjung tinggi usaha murni senior untuk mencari kembali bekas guru-guru SMK Sri Pantai.
Geng...ini saja photo yang I ada...kalu ada sesiapa yang berminat nak insert...you're welcome...
ReplyDeleteSearch di google nama zalena razak Clicks saja foto Puan dan blog kita links..terima kasih..
ReplyDelete